Tuesday 23 April 2013

Anuar Zain. ♥♥♥

Assalamualaikum.  :)

20/04/2013, hari yang tak dapat dilupakan. Yela jumpa buah hati kan? Haha. Anuar Zain weih. Ya Allah masa dia lalu kat tepi orang, macam lembik kaki. Haha. Cair kot. Ish ish! Menggoda habis dia ni. Haha. Love you Anuar Zain!!! #orang gila bayang. Haha

Orang pun ambil video masa dia memasuk je nyanyi. My baby you. Aww aww. Suara dia memang serupa sangat dengan yang record punya.

Saya suka cara dia menyampaikan lagu tu. Tak ramai yang boleh menyanyi macam tu. Yang tengah baca ni jangan cecakap banyak pulak tau. Saya bukan banyak duit pun nak pergi majlis macam ni. Maksu saya yang belanja takkan nak tolak pulak. Tiket dah beli kan? So saya pun decide pergi je la. Memang memula takde perasaan tapi bila AZ start menyanyi je dah naik bulu roma. Nampak tak aura dia? Haha.

Majlis ni namanya Majlis Amal dan Nostalgia TMS. (Tengku Mariam School) Saya bukan bekas TMS tapi boleh je datang. Hehe. Masa Anuar Zain dalam majlis tu kejap je. Sejam. Pengacara majlis tu pula Fahrin Ahmad. Hmm. Fahrin tak best. Haha. Tapi kacak, tough, tinggi, kereta bmw merah. Haha. Anuar Zain pakai porchee (macam ni ke ejaan dia?) Hehe. Number plat? Hmm sorry, saya tak nak bagi. Haha.




Anuar Zain. :)

Tu je la gambar yang saya boleh share. Kasi korang jelly. Hehe. Bye. :)


Thursday 18 April 2013

krash krish krush

Assalamualaikum.

Apa khabar semua ya? Hehe. Lama seih tak update. Sekarang memang sibuk kerja je. Huhu. Isi poket sampai berkepuk sebelum masuk Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah.

Okay, cakap pasal kolej ni, saya akan ambil diploma syariah dan undang-undang dalam kolehj ni. Saya akui yg subject dalam diploma ni susah tapi kalau difikirkan balik mana ada belajar tak susah. Kata nak jadi lawyer madi, so kena la kuat semangat. Awak awak yang tengah baca ni doakan saya agar berjaya dapat dekan ye. Hehe. Harap sangat dapat sambung degree in law. :')

Kepada semua rakan-rakan, kenalan-kenalan, saudara-mara, makcik pakcik semua la jangan rindu saya bila saya jauh k. Hehehe. Perasan. Saya tahu, ada yang rindu saya nanti lelagi ibu ayah and adik-adik. Hehehe. Ala masuk sana bulan tujuh nanti rileks la. :)

Kepada budak-budak pengakap yang akak dah tinggalkan jangan lupa akak tau. Akak meati rindu korang nanti. Adik2 junior yang comel-comel belaka akak akan ingat sampai bila-bilam will miss you guys. Love you all! :')

Kepada ibu dan ayah, nanti bila nanan kat sana nanan harap ibu dan ayah jangan lupa doakan kejayaan nanan. Nanan harap nanan dapat membanggakan ibu dan ayah. Semoga nanan dapat menjadi seorang yang berguna, berjaya dan membanggakan ibu ayah kelak amiin. Nanan sayang ibu ayah. Thanks for everything :')

Lastly, kepada adik sayang yaya yang comey comey, aku akan rindu kau dik. Ehehe. Kalau rindu nanti kau call la aku ye sbb aku dah topupkan kau. Hahaha. Tahan tahan krmbung kentut. XD

Okay la nanti sambung lagi ye. Bye bye. :)

Monday 18 March 2013

Krikk krikk~

Assalamualaikum, :)

Macam biasa, ajar kawad, then, budak-budak takut je. Sampaikan ada je tak nak masuk, aku geram la, nak ngungkit karang, kata aku tak ikhlas pulak, orang kalau tak berbayar begitu leeerrrr~ semua sambil lewa, aku ikhlas lagikan semangat apa. korang je takde semangat. -.-

Tadi aku macam nak nangis je, dengan sikap diorang yang kurang asem tu. brrr~ aku gigit baru kau tahu, kecil hati kot. -.- please la, aku bukan gembing ke hape, tapi kalau aku dah kecil hati tu maksudnya dah parah la tu. dalam hati aku bermonolog, nasib baik ada junior-junior yang aku sayang, kalau tak dah bye-bye lama dah. :3

Takpe la, korang pun dah besarkan? boleh fikir mana yang baik. nak bertanding dah pun, semoga berjaya. esok last training sebelum lawan dalam sekolah. kalau dapat pergi daerah, memang akak pulun korang sampai pengsan. hehe. :)

senyum madi, senyum, ingat dayah je, HAHA

Wednesday 13 March 2013

Beryani Bakau Condong Restaurant

Assalamualaikum, :)

Hari ni nak cerita tentang restoran beryani ayah saya. hehe. Alhamdulillah, Allah beri peluang kepada ayah saya untuk membuka sebuah restoran yang boleh dibanggakan. bukan riak, tetapi satu perkara yang memuaskan hati sendiri dan keluarga sebenarnya. :) #ayah sendiri beb. hehehe.

Sejak habis tender di Putra Specialist Hospital (speciallah sangat~) , ayah teruskan perniagaan dengan membuka restoran. sebagai anak, aku pun tolonglah mana yang patut. Nasib baik dah habis SPM, kalau tak, sian ayah ibu.

Sekarang dah hari yang ke-9 restoran ini beroperasi. Alhamdulillah sambutan makin hari makin ramai, terima kasih kepada yang sudi makan dan bayar di kedai kami. haha. Aku jadi cashier, memang best, bunyi mesin tu, tet tet tet. pap pap pap, krekkkk. hahaha. best!



Beryani Bakau Concong, Batu Pahat.




Tak tahu kat mana eh? Kepada orang Batu Pahat dan serata Johor, gerenti tahu The Summit Batu Pahat tu kan? Seberang jalan je. Restorannya di kawasan perumahan yang corner lot. :) Ada banner tulis BBC Restaurant. Jemput la ye, insya-Allah semua layanan dan makanan yang diberikan memuaskan. Insya-Allah. :)

Terima kasih kepada semua yang menyokong. :)

Thursday 28 February 2013

Mardhiyah Hanan dulu , Mardhiyah Hanan sekarang.

Assalamualaikan. :)

Dahsyatkan title aku tu. Tapi betullah title tu, tak ada yang salah pun. Mardhiyah Hanan dulu dan Mardhiyah Hanan sekarang. Kenapa? Pelik? Tak payah nak pelik sangatlah. Kita semakin dewasa mesti kita mahu jadi yang lebih baikkan?  Com'on laa. Orang selalu tanya aku, kau dah berubah la Madi, pandai bergaya ya sekarang. Blablabla. :3 Salah ke aku berubah. Jadi feminine sikit pun kepoh sekampung. Semua! Hahahaha. Semua kawan-kawan aku mesti macam tu. Tapi kawan sekelas tidaklah sekepoh mereka yang jarang-jarang jumpa aku. Tahu la dulu aku . . . . sambung bawah. haha

Okay now, dulu, masa aku kecil-kecil dulu sampai la aku darjah 3, perangai aku, astaghfirulallahal'azim, mengalahkan lelaki! haha. Keluar rumah sikit, ambil topi (masa kanak-kanak ribina sampai darjah 3 tak silap), berkebun, masuk keluar hutan, bertukang , budak-budak lelaki main bola, aku join, panjat sana sini, race basikal sampai hujung kampung, dan sebagainya. Ibu sampai pening kepala dengan sikap aku. Hewhew. Aku rasa masa tu aku confused kot aku ni jadi lelaki ke perempuan. Biasa la, budak kalau kawan lelakinya ramai, dah tu sedara, hamboi, lelaki banyak, perempuan, seciput je, mana taknya terpengaruh menjadi seorang yang boyish. haha. Ingat lagi keluar masuk hutan, cari biji getah, best apa, kumpul banyak-banyak, lepas tu tembak ayam. HAHA. Cool weeiihh! Bila nak buat macam tu lagi kan? Menggelupor ayam tu lari. hahahahaha.

Masa darjah 4 aku dah start jadi macam ganas sikit, sampai kat sekolah pun aku ada gaduh dengan budak lelaki. Aku kejar, tercicit-cicit lari budak lelaki tu, muka diorang, aku ingat lagi, cuak habis. HAHA. Masa darjah 5, adik aku, Imran, dah masuk sekolah, dia masa tu darjah satu. Hari-hari balik saing, aku sebagai seorang kakak yang berwibawa, tanya la dia, kena buli ke tak, belajar macam mana. So, satu hari tu, Imran bagi tahu aku, "Angah, Imran kena buli banyak kali dengan budak darjah 4 tu (sambil dia tunjuk)." Aku dengar, geram je. Aku pergi kat budak tu, aku tanya dia elok-elok, kenapa buli adik aku ni semua blablabla la, sekali dia campak ais-krim dia kat aku (kalau tak silap) aku apa lagi, kejar, kejar, kejar, sampai dapat, aku grip dia punya baju, hahaha, style bukan? Nasib baik aku tak tumbuk, kalau tak, dah arwah dah. HAHA.

Ada lagi, masa darjah 5 juga, tapi ni sekolah agama, aku seorang pengawas, (pengawas dari darjah 3) biasa la, tegur budak-budak kalau buat kerja tak betul, marah kalau perlu. Dan satu hari, petang yang panas terik, aku rasa puasa kot time tu, hahaha. Adui, aku nak cerita pun macam malu pula. Ada la kawan sekelas ni, actually dua orang, Amirul Hilyasyah dengan Amirul Ridhuan, hari-hari ada je mengejek aku la, baling batu kat aku, dengki gila budak dua orang ni. Aku tahan je sebab aku fikir, diorang ni kawan aku. Tapi hari tu, diorang bertindak dengan cara yang aku paling tak suka ialah tarik tudung aku. Hmm, apa lagi aku, kejar terus budak dua orang ni dengan, batang besi tingkap. HAHA. Batang besi tingkap tu ada dalam almari, aku ambil terus kejar diorang, kejar tak dapat, aku baling besi tu kat diorang. HAHA. Maaf ye kawan, dulu zaman jahiliah, harap faham. Hahaha. Nasib baik tak tercacak kat kepala diorang, sipi je. HAHA.

Actually ada lagi, masa darjah 6, time tu dah duduk Batu Pahat. Hmm, mulut aku yang tak ada lesennya, tangan yang cepat, semua cepat, haha. Kat sekolah baru pun aku cari hal. Haha. Naik sekolah menengah aku mendapat hidayah, iaitu zaman pencerahan. haha. Perangai aku okay dah, tidak seperti singa lagi. Makin lama makin lama, darah panas aku pun dah berkurangan, perangai aku yang macam lelaki tu pun dah bertukar menjadi feminine. hahaha. Perasan gila. Tapi betul apa. hehehe. Siap ada hati lagi kat seseorang, tak berubah apa ke namanya? haha xD

Okay la, cukup la cerita ni semua. Ingat ye kawan-kawan, bila seseorang tu berubah ke arah yang lebih baik macam aku ni, jangan pelik sangat, just say, Alhamdulillah. hehehe. bye. ;)

Tuesday 26 February 2013

JPJ test. . .

Assalamualaikum, :)

senyum tu macam fake je kan? haha. tadi baru test kereta, dan aku FAIL!! -.- sedih je. jalan raya tu memang salah aku, tapi parking tu, kenapa? aku pun tak faham. adakah sebab aku atau stering dia tak betul? sebelum parking lagi aku dah rasa stering kancil ni tak betul, dua kali aku buat parking tadi, tak masuk jugak, apakah? sedangkan semasa aku belajar memandu, mudah je aku masukkan kereta kancil tu. -.- masalah negara. Encik JPJ kata "dah dik keluar, dah tak masuk dah tu." aku keluar je aku terus cakap "Encik, kenapa dengan stering Kancil ni, selama ni saya belajar, boleh je, kenapa hari ni tak. stering tu yang tak betul." Encik JPJ buat bodoh je. puihhh! rasa macam nak nangis je time tu.

pergi jalan raya pula. okay, semuanya berjalan lancar, sampai je traffic light pertama, berhenti la sebab merah. dah hijau, aku pun jalan terus, tengok kereta depan, tengok traffic light masih hijau lagi, nak terus ni, tetiba je, Encik JPJ cakap, "dah merah dik." aku pun tersentak la. berhenti terus tepi. T_T tukar tempat duduk dengan Encik tu, memang lepas tu aku terus menangis. haha. gembeng kejap. Encik JPJ dah start la pujuk aku, "takpe la dik, bukan rezeki awak, next time cuba lagi ye," dia nampak aku nangis lagi, dia pujuk lagi, nasib baik Encik tu bahasa dia lembut je. kalau marah-marah ejek-ejek, tak ke lagi aku sedih. haha. bukan apa, aku menangis sebab fikirkan ibu ayah aku punya duit habis macam tu je. RM200 pula tu. kalau ulang kena RM100. tu yang timbul rasa sedih, rasa bersalah, rasa kecewa semua ada. bukan senang cari duit kan? ye, ibu ayah aku akan bayarkan lagi, tapi aku segan la, sepanjang aku hidup selama ni dah berapa puluh ribu diorang dah habiskan untuk setiap satu anaknya. tadi dah burn 200 macam tu je. betul orang kata, duit serupa air, mengalir je.

#Ibu ayah, nanan mita maaf sebab tak lulus ujian memandu tadi. huu~

Sunday 17 February 2013

busy

sejak ayah nak buka restoran, selalu makan nasi bungkus, beli lauk dari kedai, makan luar. betullah orang cakap, bila menjadi seorang yang sibuk, masa untuk diri sendiri dah kurang. huu~ busy nak ajar budak-budak kawad, tolong ayah, teman ayah beli barang, siapkan adik-adik, kemas rumah, esok, pergi kl. ya Allah. aku rasa bila tak sekolah memang memenatkan. -.- kalau setakat batu pahat ke kuala lumpur aku rasa memang dalam sebulan ada la dua kali. -.-

esok pagi keluar rumah pagi2, hantar buku, then petang pergi kelas bahasa cina, lepas maghrib cabut KL. demi teman ibu, aku sanggup. :) ibu ada medical check-up hari selasa, so pergi awal sikit biar tak penat. harap semua berjalan lancar. :) kbye.

Monday 4 February 2013

Sahabat Untuk Selamanya~

assalamualaikum guys! okay now, nak cerita pasal sahabat-sahabat. semua orang pasti ada ramai sahabat, tetapi ada satu yang paling special dalam hati korang kan? rasa sayang pada sahabat yang special tu sampaikan macam adik-beradik. hehe. kenapa aku boleh menulis macan ni? ya! sebab aku ada seorang sahabat yang sangat special, yang sangat memahami, yang sangat ... emm apa ehh? haha. banyak lagi la. tapi pada sahabat-sahabat yang lain jangan berkecil hati, aku sayang semuanya! aku kalau boleh nak satu rumah dengan korang, makan tidur semua sama-sama. ehehehe. tapi kan, kita ni manusia, perasaan sayang tu kadang-kadang terlebih kat salah seorang sahabat yang kita ada. kita mesti memahami antara satu sama lain tau. semua yang berkawan dengan aku, semuanya kawan dunia akhirat aku. :') love all of you because make my life become more colourful. :') nak mention nama, tapi ramai sangat la. hehe. yang kat selangor yang kat johor lagi. hehe. tapi kepada sahabat yang special dalam hidup aku, kau tahu aku ni macam mana, dan aku tahu kau tu macam mana, even kau junior aku senior, tapi otak kita, boleh ngam, love you dik. :)

I'M BACK!

Dah lebih satu tahun tak mengusik langsung blog ni, aku datang balik untuk mengisi masa lapang dikala waktu menganggur "eceeehhh, ayat!" hahaha. okay, kita flash back balik la. hmm, seperti yang tersedia maklum, ayat yang digunakan di dalam entry yang aku "post"kan sebelum-sebelum ini, ayatnya sangat tak matang. ye! aku mengaku! tapi tu dulu, yela muda-mudi gitu. haha. itu jadi "2" , pergi jadi "g" dan mecam lagi, aku nak baca balik entry aku yang lelama ni pun macam malu dan aku pun confuse pada mulanya. hahaha. dalam hati aku berkata " apa orang kata aku eh dulu." hah! sentap! sudah, malu sendiri! haha. takpe, entry yang lama tu aku tak kan delete dan aku akan jadikan kenangan. sebab melalui entry yang dulu-dulu tu, boleh la aku ingat-ingatkan balik kenangan sewaktu bersekolah. rindunya time sekolah. wuuuu~

Yang baru habis SPM lagi-lagi yang menganggur macam aku ni, kerjanya, makan, tengok tv, FB, Twitter, tidur (tolong ibu ayah jangan lupa, hehe). hmm, actually, dah habis sekolah ni tak best, sebab kita dah tak boleh jadi bos. kalau dulu, sampai-sampai rumah je, makanan dah terhidang, pergi sekolah berhantar, balik, eemmmm, aku ada driver apa, bayar 80 sen setiap hari tau. haha. (apa khabar pakcik botak, pakcik gelabah, pakcik cina, pakcik . . . memacam lagi la.) tapi yang bestnya bila dah habis sekolah lagi-lagi menganggur macam aku ni apa dia? haha. lepas solat subuh sambung tidur, tiada sapa yang marah, berFB sampai nak muntah, makan sampai kau rasa nak muntah, tengok tv sampai ke pagi pun tiada yang marah, tetapi, kita kena la faham kan. kita ni kan sebagai anak, kena tolong ibu ayah kita ye idok? macam aku, ni, haha. poyooo~ okay guys and gals, itu saje untuk sesi refreshment. bye. uwkk uwkk~ hehe