Tuesday, 26 February 2013

JPJ test. . .

Assalamualaikum, :)

senyum tu macam fake je kan? haha. tadi baru test kereta, dan aku FAIL!! -.- sedih je. jalan raya tu memang salah aku, tapi parking tu, kenapa? aku pun tak faham. adakah sebab aku atau stering dia tak betul? sebelum parking lagi aku dah rasa stering kancil ni tak betul, dua kali aku buat parking tadi, tak masuk jugak, apakah? sedangkan semasa aku belajar memandu, mudah je aku masukkan kereta kancil tu. -.- masalah negara. Encik JPJ kata "dah dik keluar, dah tak masuk dah tu." aku keluar je aku terus cakap "Encik, kenapa dengan stering Kancil ni, selama ni saya belajar, boleh je, kenapa hari ni tak. stering tu yang tak betul." Encik JPJ buat bodoh je. puihhh! rasa macam nak nangis je time tu.

pergi jalan raya pula. okay, semuanya berjalan lancar, sampai je traffic light pertama, berhenti la sebab merah. dah hijau, aku pun jalan terus, tengok kereta depan, tengok traffic light masih hijau lagi, nak terus ni, tetiba je, Encik JPJ cakap, "dah merah dik." aku pun tersentak la. berhenti terus tepi. T_T tukar tempat duduk dengan Encik tu, memang lepas tu aku terus menangis. haha. gembeng kejap. Encik JPJ dah start la pujuk aku, "takpe la dik, bukan rezeki awak, next time cuba lagi ye," dia nampak aku nangis lagi, dia pujuk lagi, nasib baik Encik tu bahasa dia lembut je. kalau marah-marah ejek-ejek, tak ke lagi aku sedih. haha. bukan apa, aku menangis sebab fikirkan ibu ayah aku punya duit habis macam tu je. RM200 pula tu. kalau ulang kena RM100. tu yang timbul rasa sedih, rasa bersalah, rasa kecewa semua ada. bukan senang cari duit kan? ye, ibu ayah aku akan bayarkan lagi, tapi aku segan la, sepanjang aku hidup selama ni dah berapa puluh ribu diorang dah habiskan untuk setiap satu anaknya. tadi dah burn 200 macam tu je. betul orang kata, duit serupa air, mengalir je.

#Ibu ayah, nanan mita maaf sebab tak lulus ujian memandu tadi. huu~

No comments:

Post a Comment