Wednesday, 13 March 2013

Beryani Bakau Condong Restaurant

Assalamualaikum, :)

Hari ni nak cerita tentang restoran beryani ayah saya. hehe. Alhamdulillah, Allah beri peluang kepada ayah saya untuk membuka sebuah restoran yang boleh dibanggakan. bukan riak, tetapi satu perkara yang memuaskan hati sendiri dan keluarga sebenarnya. :) #ayah sendiri beb. hehehe.

Sejak habis tender di Putra Specialist Hospital (speciallah sangat~) , ayah teruskan perniagaan dengan membuka restoran. sebagai anak, aku pun tolonglah mana yang patut. Nasib baik dah habis SPM, kalau tak, sian ayah ibu.

Sekarang dah hari yang ke-9 restoran ini beroperasi. Alhamdulillah sambutan makin hari makin ramai, terima kasih kepada yang sudi makan dan bayar di kedai kami. haha. Aku jadi cashier, memang best, bunyi mesin tu, tet tet tet. pap pap pap, krekkkk. hahaha. best!



Beryani Bakau Concong, Batu Pahat.




Tak tahu kat mana eh? Kepada orang Batu Pahat dan serata Johor, gerenti tahu The Summit Batu Pahat tu kan? Seberang jalan je. Restorannya di kawasan perumahan yang corner lot. :) Ada banner tulis BBC Restaurant. Jemput la ye, insya-Allah semua layanan dan makanan yang diberikan memuaskan. Insya-Allah. :)

Terima kasih kepada semua yang menyokong. :)

No comments:

Post a Comment