Thursday, 28 February 2013

Mardhiyah Hanan dulu , Mardhiyah Hanan sekarang.

Assalamualaikan. :)

Dahsyatkan title aku tu. Tapi betullah title tu, tak ada yang salah pun. Mardhiyah Hanan dulu dan Mardhiyah Hanan sekarang. Kenapa? Pelik? Tak payah nak pelik sangatlah. Kita semakin dewasa mesti kita mahu jadi yang lebih baikkan?  Com'on laa. Orang selalu tanya aku, kau dah berubah la Madi, pandai bergaya ya sekarang. Blablabla. :3 Salah ke aku berubah. Jadi feminine sikit pun kepoh sekampung. Semua! Hahahaha. Semua kawan-kawan aku mesti macam tu. Tapi kawan sekelas tidaklah sekepoh mereka yang jarang-jarang jumpa aku. Tahu la dulu aku . . . . sambung bawah. haha

Okay now, dulu, masa aku kecil-kecil dulu sampai la aku darjah 3, perangai aku, astaghfirulallahal'azim, mengalahkan lelaki! haha. Keluar rumah sikit, ambil topi (masa kanak-kanak ribina sampai darjah 3 tak silap), berkebun, masuk keluar hutan, bertukang , budak-budak lelaki main bola, aku join, panjat sana sini, race basikal sampai hujung kampung, dan sebagainya. Ibu sampai pening kepala dengan sikap aku. Hewhew. Aku rasa masa tu aku confused kot aku ni jadi lelaki ke perempuan. Biasa la, budak kalau kawan lelakinya ramai, dah tu sedara, hamboi, lelaki banyak, perempuan, seciput je, mana taknya terpengaruh menjadi seorang yang boyish. haha. Ingat lagi keluar masuk hutan, cari biji getah, best apa, kumpul banyak-banyak, lepas tu tembak ayam. HAHA. Cool weeiihh! Bila nak buat macam tu lagi kan? Menggelupor ayam tu lari. hahahahaha.

Masa darjah 4 aku dah start jadi macam ganas sikit, sampai kat sekolah pun aku ada gaduh dengan budak lelaki. Aku kejar, tercicit-cicit lari budak lelaki tu, muka diorang, aku ingat lagi, cuak habis. HAHA. Masa darjah 5, adik aku, Imran, dah masuk sekolah, dia masa tu darjah satu. Hari-hari balik saing, aku sebagai seorang kakak yang berwibawa, tanya la dia, kena buli ke tak, belajar macam mana. So, satu hari tu, Imran bagi tahu aku, "Angah, Imran kena buli banyak kali dengan budak darjah 4 tu (sambil dia tunjuk)." Aku dengar, geram je. Aku pergi kat budak tu, aku tanya dia elok-elok, kenapa buli adik aku ni semua blablabla la, sekali dia campak ais-krim dia kat aku (kalau tak silap) aku apa lagi, kejar, kejar, kejar, sampai dapat, aku grip dia punya baju, hahaha, style bukan? Nasib baik aku tak tumbuk, kalau tak, dah arwah dah. HAHA.

Ada lagi, masa darjah 5 juga, tapi ni sekolah agama, aku seorang pengawas, (pengawas dari darjah 3) biasa la, tegur budak-budak kalau buat kerja tak betul, marah kalau perlu. Dan satu hari, petang yang panas terik, aku rasa puasa kot time tu, hahaha. Adui, aku nak cerita pun macam malu pula. Ada la kawan sekelas ni, actually dua orang, Amirul Hilyasyah dengan Amirul Ridhuan, hari-hari ada je mengejek aku la, baling batu kat aku, dengki gila budak dua orang ni. Aku tahan je sebab aku fikir, diorang ni kawan aku. Tapi hari tu, diorang bertindak dengan cara yang aku paling tak suka ialah tarik tudung aku. Hmm, apa lagi aku, kejar terus budak dua orang ni dengan, batang besi tingkap. HAHA. Batang besi tingkap tu ada dalam almari, aku ambil terus kejar diorang, kejar tak dapat, aku baling besi tu kat diorang. HAHA. Maaf ye kawan, dulu zaman jahiliah, harap faham. Hahaha. Nasib baik tak tercacak kat kepala diorang, sipi je. HAHA.

Actually ada lagi, masa darjah 6, time tu dah duduk Batu Pahat. Hmm, mulut aku yang tak ada lesennya, tangan yang cepat, semua cepat, haha. Kat sekolah baru pun aku cari hal. Haha. Naik sekolah menengah aku mendapat hidayah, iaitu zaman pencerahan. haha. Perangai aku okay dah, tidak seperti singa lagi. Makin lama makin lama, darah panas aku pun dah berkurangan, perangai aku yang macam lelaki tu pun dah bertukar menjadi feminine. hahaha. Perasan gila. Tapi betul apa. hehehe. Siap ada hati lagi kat seseorang, tak berubah apa ke namanya? haha xD

Okay la, cukup la cerita ni semua. Ingat ye kawan-kawan, bila seseorang tu berubah ke arah yang lebih baik macam aku ni, jangan pelik sangat, just say, Alhamdulillah. hehehe. bye. ;)

No comments:

Post a Comment