Monday, 18 March 2013

Krikk krikk~

Assalamualaikum, :)

Macam biasa, ajar kawad, then, budak-budak takut je. Sampaikan ada je tak nak masuk, aku geram la, nak ngungkit karang, kata aku tak ikhlas pulak, orang kalau tak berbayar begitu leeerrrr~ semua sambil lewa, aku ikhlas lagikan semangat apa. korang je takde semangat. -.-

Tadi aku macam nak nangis je, dengan sikap diorang yang kurang asem tu. brrr~ aku gigit baru kau tahu, kecil hati kot. -.- please la, aku bukan gembing ke hape, tapi kalau aku dah kecil hati tu maksudnya dah parah la tu. dalam hati aku bermonolog, nasib baik ada junior-junior yang aku sayang, kalau tak dah bye-bye lama dah. :3

Takpe la, korang pun dah besarkan? boleh fikir mana yang baik. nak bertanding dah pun, semoga berjaya. esok last training sebelum lawan dalam sekolah. kalau dapat pergi daerah, memang akak pulun korang sampai pengsan. hehe. :)

senyum madi, senyum, ingat dayah je, HAHA

Wednesday, 13 March 2013

Beryani Bakau Condong Restaurant

Assalamualaikum, :)

Hari ni nak cerita tentang restoran beryani ayah saya. hehe. Alhamdulillah, Allah beri peluang kepada ayah saya untuk membuka sebuah restoran yang boleh dibanggakan. bukan riak, tetapi satu perkara yang memuaskan hati sendiri dan keluarga sebenarnya. :) #ayah sendiri beb. hehehe.

Sejak habis tender di Putra Specialist Hospital (speciallah sangat~) , ayah teruskan perniagaan dengan membuka restoran. sebagai anak, aku pun tolonglah mana yang patut. Nasib baik dah habis SPM, kalau tak, sian ayah ibu.

Sekarang dah hari yang ke-9 restoran ini beroperasi. Alhamdulillah sambutan makin hari makin ramai, terima kasih kepada yang sudi makan dan bayar di kedai kami. haha. Aku jadi cashier, memang best, bunyi mesin tu, tet tet tet. pap pap pap, krekkkk. hahaha. best!



Beryani Bakau Concong, Batu Pahat.




Tak tahu kat mana eh? Kepada orang Batu Pahat dan serata Johor, gerenti tahu The Summit Batu Pahat tu kan? Seberang jalan je. Restorannya di kawasan perumahan yang corner lot. :) Ada banner tulis BBC Restaurant. Jemput la ye, insya-Allah semua layanan dan makanan yang diberikan memuaskan. Insya-Allah. :)

Terima kasih kepada semua yang menyokong. :)